Home SemasaGlobal Perancis tingkatkan tahap amaran serangan pengganas ke peringkat tertinggi

Perancis tingkatkan tahap amaran serangan pengganas ke peringkat tertinggi

by M.Daim

PARIS, 24 MAC – Kerajaan Perancis telah meningkatkan tahap amaran serangan pengganas ke peringkat tertinggi.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal selepas mengadakan mesyuarat bersama Presiden Emmanuel Macron dan beberapa pemimpin tinggi keselamatan serta pertahanan negara itu.

Gabriel dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, mesyuarat diadakan selepas mengambil kira situasi yang berlaku di Moskow baru-baru ini.

“Melihat kepada pengakuan DAESH dalam penglibatan mereka di Moskow dan juga ancaman terhadap Perancis, kami mengambil keputusan untuk mempertingkatkan tahap amaran pengganas ke peringkat tertinggi,” katanya.

Sistem amaran keselamatan Perancis, Vigipirate merangkumi tiga peringkat. Peringkat tertinggi menyatakan serangan pengganas mungkin berlaku pada bila-bila masa.

Selain itu, amaran tertinggi ini turut membolehkan pihak kerajaan Perancis untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di lokasi strategik. Selain daripada itu, Perancis akan menganjurkan Sukan Olimpik 2024 pada Julai ini. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #Perancis

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!