Home SemasaGlobal Australia-UK meterai perjanjian kerjasama pertahanan dan keselamatan baharu

Australia-UK meterai perjanjian kerjasama pertahanan dan keselamatan baharu

by Ashraf Manaf

CANBERRA, 24 MAC – Kerajaan Australia dan United Kingdom (UK) telah meterai perjanjian keselamatan bilateral baharu.

Perjanjian tersebut ditandatangani selepas Mesyuarat Tahunan Menteri Australia-UK (AUKMIN) di Canberra.

Kementerian Pertahanan Australia dalam satu kenyataan berkata, antara isi kandungan dalam perjanjian tersebut adalah UK telah bersetuju untuk menyumbang kepada usaha untuk perkukuh kerjasama perisikan pertahanan.

“Perkara lain adalah kerjasama berterusan dalam meningkat keupayaan bersama termasuk melalui pakatan AUKUS,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Selain itu, perjanjian ini turut meliputi penglibatan UK dalam latihan ketenteraan di Australia termasuk Talisman Sabre, Pitch Black, dan Predators Run.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles menyatakan kerjasama dengan UK adalah dinamik dan berpanjangan.

Menurut beliau, kedua-dua pihak perlu bekerjasama dalam menghadapi cabaran global pada era masa kini.

“Dunia kian menjadi kompleks dan tidak menentu, adalah perlu untuk kita mempertingkatkan hubungan serta kerjasama,

“Perjanjian kerjasama yang dimeterai (dengan UK) akan memastikan hasil yang diharapkan pada masa hadapan,” ujar beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Global #UK #Australiaa

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!