TAIPEI, 21 MAC – Taiwan akan mula menerima 2 buah pesawat tanpa pemandu (UAV) General Atomics MQ-9B SkyGuardian dari Amerika Syarikat pada tahun 2026.
Taipei sebelum ini membeli 4 UAV, 2 unit kawalan dan peralatan berkaitan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak US$467 juta.
Penghantaran UAV tersebut dilakukan secara berperingkat pada 2026 hingga 2027.
Pembelian oleh Taiwan telah mendapat kelulusan dari Amerika Syarikat pada tahun 2020. Kontrak perolehan kemudiannya dianugerahkan kepada General Atomics Aeronautical Systems Inc (GA ASI) pada Mei tahun lalu.
Kontrak perolehan tersebut dijangka akan dipenuhi pada Mei 2025.
UAV diperolehi oleh Taiwan dilaporkan mempunyai kelengkapan untuk melakukan pemantauan di kawasan maritim. – airtimes.my
#AirTimes #Taiwan #UAV #SkyGuardian #MQ9B