Home Semasa Pendirian kerajaan dalam penganjuran Sukan Komanwel 2026 jadi persoalan

Pendirian kerajaan dalam penganjuran Sukan Komanwel 2026 jadi persoalan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 MAC – Kementerian Belia dan Sukan pada hari ini dijangka akan menjelaskan pendirian kerajaan berhubung penganjuran Sukan Komanwel 2026.

Pendirian tersebut akan dikemukakan di semas Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 21 Mac 2024, perkara tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Dato’ Haji Taib Azamudden.

“Apakah pendirian Kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 ekoran Victoria, Australia menarik diri daripada menjadi tuan rumah tahun lalu,

“Ini berikutan peningkatan kos penganjuran daripada AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion) dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara semasa dan kebajikan rakyat,” katanya.

Hak penganjuran Sukan Komanwel 2026 yang ditawarkan kepada Malaysia menjadi perbualan hangat di segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Antara isu yang seringkali dibangkitkan di media sosial adalah berhubung penganjuran sukan yang mungkin menelan belanja yang banyak ketika kos sara hidup yang kian meningkat.

Malah, di laman X (sebelum ini dikenali Twitter) telah menunjukkan tanda pagar #TolakKomanwel mula mendapat tempat di kalangan pengguna platform media sosial tersebut.

Negara sebelum ini pernah menganjurkan sukan antarabangsa tersebut pada tahun 1998. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!