Home Semasa Situasi keselamatan tidak menentu punca peningkatan perbelanjaan ketenteraan di Asia

Situasi keselamatan tidak menentu punca peningkatan perbelanjaan ketenteraan di Asia

by M.Daim

LONDON, 14 FEB – Perbelanjaan pertahanan di peringkat global meningkat telah mencapai jumlah US$2.2 trilion pada tahun 2023.

Menurut kumpulan pakar antarabangsa, International Institute for Strategic Studies (IISS), jumlah tersebut merupakan 9 peratus peningkatan berbanding jumlah pada tahun 2022.

Jelasnya, peningkatan perbelanjaan tersebut didorong oleh peperangan di Ukraine dan juga pertembungan kuasa di antara Amerika Syarikat dengan China.

Trend yang sama turut dilihat di rantau Asia.

“Sepanjang 10 tahun lalu di Asia, kami telah melihat perbelanjaan pertahanan meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi,

“Beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat faktor strategik telah memberikan kesan (kepada perbelanjaan pertahanan),

“Ini sekaligus membuktikan terdapat keperluan untuk berbelanja lebih bagi mengekalkan keselamatan serantau dan khususnya menentang pengaruh China,” kata Felo Kanan Ekonomi Pertahanan di IISS, Fenella McGerty semasa pelancaran laporan tahunan Military Balance yang disiarkan secara langsung, semalam.

Pertembungan pengaruh antara Amerika Syarikat dan China di Asia menjadi faktor peningkatan perbelanjaan ketenteraan di rantau. Selain itu, perkembangan semasa di Laut China Selatan dan juga Semenanjung Korea turut mendorong kepada perubahan landskap keselamatan serantau.

Sementara itu, Ketua Pengarah dan Ketua Eksekutif IISS, Bastian Giegerich menyatakan pihaknya menjangka trend perbelanjaan pertahanan akan terus meningkat pada tahun ini.

Menurut beliau, perkara ini didorong oleh keadaan landskap keselamatan global yang semakin merudum.

“Faktor ini telah mendorong kepada peningkatan perbelanjaan pertahanan global pada tahun lalu,” katanya dalam ucapan majlis. – airtimes.my

#AirTimes #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!