Home Semasa Pengurangan hukuman Najib: Anwar mahu kritikan, kecaman dihentikan

Pengurangan hukuman Najib: Anwar mahu kritikan, kecaman dihentikan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda kepada Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan bukannya soal undang-undang.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya semua kritikan dan kecaman serta pandangan berhubung keputusan itu dihentikan.

Anwar turut menggesa agar keputusan itu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandaskan undang-undang, malah atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Pertimbangan utamanya adalah soal ihsan, belas kasihan atau apa yang disebut oleh bekas Yang di- Pertuan Agong itu sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’,

“Sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu wawenang (hak) Tuanku,

“Kita faham orang mempunyai pandangan kuat dan tegas. Jadi, kita beri laluan sedikit tetapi selepas penjelasan dibuat, ia harus dihentikan,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapur, pada Isnin.

Anwar berkata demikian berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengurangan 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan denda yang perlu dibayar oleh Najib, pada Jumaat lalu.

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, juga mengumumkan denda perlu dibayar Najib, dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, dengan tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.-airtimes.my

#semasa #Najib #DSAI #mahkamah #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!