Home Semasa Tahanan PATI lolos: 39 ditahan setakat 8 malam tadi

Tahanan PATI lolos: 39 ditahan setakat 8 malam tadi

by Nurulhuda

TAPAH, 4 Feb – Seramai 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di Tapah pada Khamis lalu, telah ditahan setakat 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naim Asnawi berkata, jumlah berkenaan termasuk 32 orang yang ditahan dalam operasi hari ini.

Beliau berkata, melalui operasi antara 6 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam, pihak polis telah menahan 3 lelaki Rohingya di sekitar Kampung Batu Melintang dan ladang kelapa sawit di Kampung Senta, di Tapah.

Menurutnya pada 12.30 tengah hari juga, 4 lagi lelaki Rohingya ditahan di kawasan hutan Bidor, manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan 9 lelaki Rohingnya ditahan di Bukit Tapah berhampiran Kampung Sungai Kenoh antara 2 hingga 3 petang.

“Sebanyak 13 lagi lelaki Rohingya ditahan di Kampung Senta dan seorang ditahan di Kampung Pos Gedong, Bidor,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd Naim, pihaknya juga telah menahan seorang lelaki warga Rohingya pada 7.25 petang di Kampung Bermin, Tapah.

“Kesemua penahanan dibuat oleh polis dan hasil maklumat orang ramai. Polis percaya masih ramai tahanan yang lolos itu berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilapor berkata 37 tahanan berjaya diberkas setakat 6 petang semalam. –airtimes.my

#JIM #PATI #tahanan #airtimes #keselamatan

Related Articles

Leave a Reply