PYONGYANG, 29 JAN – Korea Utara telah melancarkan 2 misil kruis baharu dari kapal selam.
Penembakan misil tersebut merupakan sebahagian daripada ujian yang dilaksanakan oleh negara itu.
Presiden Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan hadir menyaksikan penembakan misil tersebut pada Ahad.
“Kesemua misil telah mengenai sasaran di sebuah pulau. Pemimpin negara berpuas hati dengan hasil ujian penembakan,” lapor media kerajaan Korea Utara.
Tentera Korea Selatan sebelum ini melaporkan telah mengesan beberapa penembakan misil di kawasan perairan Sinpo. Sinpo merupakan bandar pelabuhan Korea Utara dimana terletaknya limbungan kapal yang menghasilkan aset tentera laut termasuk kapal selam.
Penembakan pada Ahad merupakan kali kedua dilakukan oleh Pyongyang semenjak Rabu lalu.
Ia melibatkan misil kruis Pulhwasal-3-31 yang dibangunkan oleh Pyongyang. Misil kruis ini berupaya untuk membawa kepala peledak nuklear. Ujian penembakan ini juga dilihat sebagai usaha oleh Korea Utara untuk memperkuatkan angkatan lautnya dalam menghadapi situasi tidak menentu di Asia Timur. – airtimes.my
#AirTimes #KoreaUtara #Global