Home Semasa Tadbir urus semuanya ‘ke laut’, inikah Malaysia Baharu yang dijanjikan – soal Daim

Tadbir urus semuanya ‘ke laut’, inikah Malaysia Baharu yang dijanjikan – soal Daim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menegaskan pertuduhan yang beliau hadapi lebih kepada bermotifkan politik.

Daim, 85 turut mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam melaksanakan janji reformasi dengan mendakwa, institusi kerajaan yang sepatutnya bebas kini dipergunakan dalam usaha menjatuhkan musuh politik.

“Kejujuran, integriti dan tadbir urus semuanya ‘ke laut.’ Institusi bebas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), (Jabatan) Peguam Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik. Inikah Malaysia Baharu yang dijanjikan?

“Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), malah menteri mengeluarkan ugutan hantar kereta polis ke rumah mereka,

“Inikah Malaysia Baharu yang dijanjikan?” katanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Daim hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Beliau yang hadir ke mahkamah berkerusi roda, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Dalam menghadapi pendakwaan hari ini, Daim berkata, bukan nasibnya yang beliau risaukan, sebaliknya, kebimbangan lebih menjurus kepada masa depan negara.

“Kini kita dibayangi sebuah pentadbiran yang menyalah gunakan kuasa, disamping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu auam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya,

“Saya tidak kisah dengan nasib saya sekarang. Biarlah Anwar melemparkan segala-galanya kepada saya, tetapi saya khuatir nasib negara ini,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, Daim menyeru rakyat untuk melakukan apa yang terdaya untuk memelihara dan menyelamatkan negara dan berkata mereka layak untuk mendapat apa yang dijanjikan. -airtimes.my

#semasa #DaimZainudin #mahkamah #DSAI #airtimes

Related Articles

Leave a Reply