Home Pertahanan dan Keselamatan Boustead Naval Shipyard dijenamakan semula sebagai LUNAS, pacu era baharu industri pertahanan

Boustead Naval Shipyard dijenamakan semula sebagai LUNAS, pacu era baharu industri pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 JAN – Boustead Naval Shipyard (BNS) baru-baru ini telah mengumumkan penjenamaan semula syarikat itu sebagai Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS).

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak syarikat itu dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya baru-baru ini.

“Ia merupakan aktiviti penjenamaan semula yang penting dan menandakan era baharu kecemerlangan maritim dan pertahanan,

“Langkah strategik ini mencerminkan komitmen LUNAS untuk menyelaraskan semula dengan objektif dan nilai pemegang taruh,” kata hantaran itu.

Tambahnya, langkah tersebut akan memacu kemajuan pada masa hadapan.

“Ia merupakan strategi yang dirancang dengan teliti untuk mendepani arus dinamik industri maritim,

“LUNAS kekal sebagai tonggak yang kukuh untuk keselamatan negara melalui pembinaan kapal tentera laut, sambil mengembangkan ufuknya untuk perkhidmatan maritim yang komprehensif,” katanya.

LUNAS menegaskan pihaknya kekal komited untuk mendukung cita-cita maritim Malaysia. Tambahnya, pihak syarikat berikra untuk mempertahankan piawaian kecemerlangan, memberikan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan industri dan pelanggannya.

“LUNAS merupakan pemain terkemuka dalam industri maritim dan pertahanan Malaysia, yang mempunyai warisan yang kaya dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kemajuan teknologi,

“Syarikat adalah pakar dalam pembinaan kapal tentera laut dan pelbagai perkhidmatan maritim, berkhidmat sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan memberikan kecemerlangan sejak 1991,” ujarnya.

Menurut LUNAS, barisan Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat pertama pada tahun ini di Platinum Park. Mesyuarat diadakan bagi menentukan hala tuju pertumbuhan syarikat dan juga simbolik pemindahan rasmi LUNAS dari Menara Boustead ke Persiaran KLCC.

Tambahnya, pemindahan pejabat korporat tersebut merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah syarikat.

“Pejabat korporat di Menara MOF Inc akan menjadi menjadi pusat perancangan strategik, membuat keputusan dan penyelarasan,” katanya.

Jelas LUNAS, pemindahan ini juga merupakan satu peningkatan yang sejajar dengan visi masa hadapan oleh pihak syarikat. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Boustead #LUNAS

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!