Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota tentera wira Jambatan Pulau Pinang dinaikkan pangkat

Anggota tentera wira Jambatan Pulau Pinang dinaikkan pangkat

by M.Daim

PORT DICKSON, 27 JAN – Anggota tentera yang telah bergadai nyawa menyelamatkan 2 orang dalam satu kejadian di Jambatan Pulau Pinang telah dinaikkan pangkat.

Koperal Mazlan Abdul Rahman, dari Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) dinaikkan ke pangkat Sarjan.

Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson.

Mazlan turut dianugerahkan Pisau Tentera Darat sebagai pengiktirafan dan penghormatan.

Menurut Panglima Tentera Darat, keberanian Mazlan yang pamerkan dalam kejadian pada 15 Januari lalu merupakan satu teladan yang baik.

“Baru baru ini negara menyaksikan keberanian Sarjan Mazlan yang telah menyelamatkan mangsa lemas di Jambatan Pulau Pinang,

“Beliau telah menunjukkan teladan bagaimana seorang anggota yang memiliki sifat keberanian dan pengorbanan menzahirkan nilai etos kepahlawanan dengan tindakan beraninya,” kata Panglima Tentera Darat.

Muhammad menegaskan, beliau percaya apa yang dilakukan oleh Mazlan merupakan hasil dari latihan dan didikan yang diterima sepanjang dalam perkhidmatan Tentera Darat.

Panglima Tentera Darat menyatakan perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan di  Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23.

Pada 15 Januari lalu, Mazlan telah bertindak nekad terjun Jambatan Pulau Pinang bagi menyelamatkan 2 individu yang terjatuh laut.

Tentera Darat sebelum ini mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan tindakan anggota dari 2 RAMD itu telah berjaya menyelamatkan nyawa. – airtimes.my

#AirTimes #malaysia #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply