Home Pertahanan dan Keselamatan APMM pilih 4 helikopter AW189 untuk operasi maritim

APMM pilih 4 helikopter AW189 untuk operasi maritim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memutuskan untuk memperolehi 4 buah helikopter bersaiz sederhana AW189 bagi melaksanakan pelbagai misi khususnya rondaan serta operasi mencari dan menyelamat.

Majlis penyerahan Surat Setuju Terima bagi perolehan 4 buah helikopter AW189 milik APMM itu telah disempurnakan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi, pada Selasa.

“Perolehan ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2022,

“Kontrak telah dianugerahkan kepada Syarikat Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd yang berjaya untuk melaksanakan perolehan 4 buah helikopter jenis AW189 lengkap dengan kelengkapan peralatan misi untuk menyokong operasi APMM,” jelas KDN menerusi hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Ketika ini, APMM mengoperasikan 6 buah helikopter iaitu masing-masing 3 jenis AW139 dan AS365 Douphin selain 2 pesawat amfibia Bombardier CL-415.

Helikopter AW189 yang dikeluarkan oleh syarikat Leonardo Helicopters itu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk melaksanakan misi-misi yang mencabar.

Pesawat dengan berat sehingga 8.6 tan ini dilengkapi dengan enjin Safran Aneto-1K baharu serta berkeupayaan melaksanakan penerbangan selaju 294km/sejam.-airtimes.my

#APMM #keselamatan #airtimes #helikoter

Related Articles

Leave a Reply