Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen jalankan 870 operasi, tahan 4,026 PATI sejak 1 Januari 2024

Imigresen jalankan 870 operasi, tahan 4,026 PATI sejak 1 Januari 2024

by Nurulhuda

BERANANG, 20 Jan – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan 4,026 PATI dalam 870 operasi penguatkuasaan di seluruh negara sejak 1 Januari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam tempoh sama, pihaknya juga memeriksa sejumlah 9,169 warga asing dan mengusir 1,497 PATI pulang ke negara masing-masing.

Selain itu, pihaknya juga telah menahan 42 majikan kerana menggajikan pendatang tanpa izin.

“Selain melakukan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin, pihak kami turut memberi fokus penguatkuasaan terhadap majikan yang menggajikan PATI sebagai pekerja,

“Majikan yang didapati menggajikan PATI boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen termasuk mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya seperti di lapor Benama.

Beliau berakta demikian selepas operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih dekat sini tengah malam tadi.

Operasi penguatkuasaan itu melibatakan seramai 455 pegawai JIM dan dibantu 60 pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA), 12 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta 5 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, lokasi terbabit merupakan antara 220 hotspot atau kawasan panas pendatang tanpa izin yang berada dalam radar jabatan berkenaan.

Menurutnya, operasi bermula pada 12 tengah malam itu adalah susulan aduan awam yang bimbang dengan kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan yang menjadi pilihan berikutan kadar sewa rendah.

“Sebanyak 752 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan 561 PATI yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh sejumlah 205 orang, Myanmar (200), Nepal (65), Indonesia (43), Pakistan (38), Sri Lanka (3), masing-masing 2 warga Kemboja, India dan Sierra Leone, serta seorang warga Cameroon,” jelasnya lagi.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 serta ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut. -airtimes.my

#keselamatan #airtimes #JIM #Malaysia #PATI

Related Articles

Leave a Reply