Home SemasaGlobal Britain jangka peperangan besar akan tercetus dalam masa 5 tahun lagi

Britain jangka peperangan besar akan tercetus dalam masa 5 tahun lagi

by M.Daim

LONDON, 19 JAN – Britain menjangkakan dunia akan berhadapan peperangan besar dalam jangka masa 5 tahun lagi.

Perkara tersebut disuarakan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Grant Shapps.

“Dalam masa lima tahun lagi, kita mungkin akan menyaksikan pelbagai teater peperangan yang melibatkan Rusia, China, Iran dan Korea Utara,” katanya dalam satu ucapan di Lancaster House, di London.

Beliau menambah, persoalan sama ada jumlah konflik di seluruh dunia semakin berkurang atau sebaliknya perlu dilihat dengan lebih teliti..

“Saya percaya semua pihak mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut – ianya akan bertambah,

“Tahun 2024 perlu dilihat sebagai titik infleksi (titik perubahan),” kata Shapps dalam ucapan.

Beliau menegaskan, keadaan dunia pada hari ini lebih berbahaya berbanding sebelumnya.

“Berdasarkan laporan UN, kita berhadapan dengan bilangan konflik yang terbanyak semenjak Perang Dunia Kedua,” ujar beliau. – airtimes.my

#AirTimes #global #britain #konflik

Related Articles

Leave a Reply