Home SemasaGlobal Amerika Syarikat hantar F/A-18 serang kedudukan Houthi

Amerika Syarikat hantar F/A-18 serang kedudukan Houthi

by M.Daim

WASHINGTON, 19 JAN – Tentera Laut Amerika Syarikat (U.S Navy) telah melancarkan serangan terhadap kedudukan Houthi di Yaman.

Serangan terbaharu itu melibatkan beberapa lokasi yang diduduki oleh Houthi.

Menurut Timbalan Setiausaha Akhbar Pentagon, Sabrina Singh, serangan tersebut melibatkan jet pejuang F/A-18 yang dioperasikan oleh US Navy.

“Pihak US Central Command (US CENTCOM) telah melancarkan serangan terhadap 14 misil Houthi di beberapa lokasi,

“Misil-misil ini telah berada di pelancar dan ia memberikan ancaman kepada kapal dagang serta kapal US Navy,” katanya.

Menurut beliau, kesemua misil tersebut berada dalam kedudukan untuk dilancarkan pada bila-bila masa.

Sementara itu, pihak US CENTCOM mengesahkan serangan yang dilancarkan terhadap Houthi.

“Serangan ini, berserta tindakan lain akan mengurangkan tindakan Houthi yang mengancam laluan perkapalan dagang dan antarabangsa di Laut Merah, Selat Bab-el-Mandeb serta Teluk Aden,” katanya dalam satu hantaran.

Pihak US CENTCOM turut mengesahkan sebanyak 3 serangan direkodkan pada tempoh 16 Januari hingga 18 Januari 2024.

Jelasnya, ketiga-tiga serangan tersebut telah dilancarkan terhadap kapal-kapal dagang di Laut Merah dan Teluk Aden.

US CENTCOM turut mengesahkan 2 buah kapal, M/V Zografia dan M/V Genco Picardy telah mengalami kerosakan kecil akibat serangan oleh Houthi. Sementara itu, serangan ketiga yang berlaku pada 18 Januari tidak mengenai kapal M/V Chem Ranger.

Menurutnya, kesemua serangan yang dilancarkan oleh Houthi telah melibatkan misil balistik anti kapal serta dron serangan. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Yaman #Konflik

Related Articles

Leave a Reply