Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Helikopter EC725 AP TUDM terbangkan 3,600kg bekalan makanan ke perkampungan orang asli

Helikopter EC725 AP TUDM terbangkan 3,600kg bekalan makanan ke perkampungan orang asli

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatur gerak aset udara dan anggota untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan-kawasan terjejas banjir dalam Ops Murni di sekitar negeri Pahang.

TUDM memaklumkan, helikopter EC725 AP dari No. 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan telah diatur gerak ke Perkampungan Orang Asli Kampung Jubau di Rompin yang terjejas akibat banjir sejak minggu lalu.

“Penglibatan TUDM dalam OP Murni diteruskan dengan pelaksanaan penghantaran 3,600 kilogram (kg) bekalan makanan ke Perkampungan Orang Asli Kg Jubau,

“Penerbangan dalam misi ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mejar Mohamad Izuan Sulaiman TUDM dan dibantu oleh Pembantu Juruterbang, Kapt Mohammad Fikri Hafiz Mohammad Hanafi TUDM,” jelas TUDM menerusi hantaran di media sosialnya, semalam.

Mangsa banjir di Pahang mencatatkan peningkatan dengan menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah lebih tiga kali ganda.

Setakat 6 pagi ini, Pahang merekodkan 1,525 mangsa berbanding hanya 450 mangsa pada 8 malam tadi, dengan daerah Rompin menyaksikan pertambahan drastik kepada 716 berbanding 69 semalam, diikuti Pekan (716 berbanding 377), manakala Maran (12 berbanding 4 malam tadi).

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kesemua mereka kini berlindung di 23 PPS yang aktif di ketiga-tiga daerah. -airtimes.my

#airtimes #pertahanan #TUDM #banjir #kuantan

Related Articles

Leave a Reply