Home Pertahanan dan Keselamatan Rancangan pertahanan perlu dikemaskini, ambil kira perkembangan global

Rancangan pertahanan perlu dikemaskini, ambil kira perkembangan global

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=MlpaGAuDNro[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 9 JAN  – Rancangan pertahanan negara akan dikemaskini bagi memastikan ia selari dengan keadaan semasa global.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menegaskan realiti pertahanan negara tidak lagi terhad kepada kesiagaan peperangan tradisional.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2024 Menteri Pertahanan, hari ini.

“Kita sedar yang landskap pertahanan nasional hari ini sudah menjadi semakin kompleks dengan kerencaman dimensi yang tidak konvensional,

“Maka, perancangan, strategi dan ketetapan dasar sedia ada mesti disokong dan diteruskan tanpa menutup ruang penambahbaikan,” katanya di Auditorium Kementerian Pertahanan.

Menurut Khalid, pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan dasar-dasar sedia ada akan diteruskan.

“Perancangan, strategi dan ketetapan dasar sedia ada mesti disokong dan diteruskan tanpa menutup ruang penambahbaikan” – Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, Foto: Air Times/Muaz

Selain itu, beliau menyatakan Kajian Separuh Penggal KPP akan dilaksanakan pada tahun ini dengan memberi fokus kepada perancangan pertahanan yang lebih terkini serta mengambil kira keadaan global.

Membangunkan dan mengemaskini perancangan pertahanan merupakan antara salah satu fokus yang dinyatakan oleh beliau dalam amanat tahun baharu.

Antara fokus lain adalah memastikan kesiagaan sistem pertahanan negara, kebajikan, pembangunan kapasiti, dan patriotisme.

KPP telah dibentangkan pada tahun 2019 yang menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara.

Dalam pada itu, melancarkan Imej Korporat baharu bagi Kementerian Pertahanan yang mencerminkan MINDEF ke arah Pemodenan.

Beliau turut menyaksikan  Memorandum Persefahaman(MoU) antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Institut Integriti Malaysia.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, objektif MoU tersebut ialah untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam program-program kesedaran, advokasi, penyelidikan serta pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam juga sektor korporat di Malaysia.

Ia merypakan usaha sama dalam penglibatan sektor awam dan sektor korporat bagi menjadi ahli kepada Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM). – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply