Home Pertahanan dan Keselamatan Penggunaan senjata kimia awal abad ke-21

Penggunaan senjata kimia awal abad ke-21

by Muaz Rizqi

‘Biological warfare’ adalah senjata daripada bahan kimia yang dijadikan sebagai senjata utama dalam medan peperangan pada awal abad ke-21. Ia telah dihasilkan dari sebatian kimia yang beracun, sementara senjata biologi menggunakan mikroorganisma hidup. Gas kimia yang tercemar melalui udara boleh mendatangkan kecederaan dan juga kematian.

Senjata kimia digunakan secara meluas ketika berlaku zaman Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Terdapat 4 jenis gas berbahaya yang digunakan iaitu Gas Klorin, Gas Fosgen, Gas Mustard dan Gas Tear.

Gas beracun pertama kali digunakan dalam Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1915. Pengunaan gas beracun tersebut telah digunakan oleh Jerman sewaktu menentang Perancis. Jerman menggunakan gas klorin untuk menyerang Perancis di kawasan Ypres, Belgium pada 22 April 1915.

Senjata kimia turut digunakan oleh Perancis di mana mereka menggunakan gas pemedih mata, yang disebut Etil Bromocenate. Namun, gas ini tidak mendatangkan kematian, akan tetapi ia menyebabkan pedih di bahagian mata, selaput lendir pada mulut dan juga menyukarkan proses pernafasan.

Tentera Jerman menggunakan pelitup muka sepanjang Perang Dunia Pertama.

Dalam pada itu, senjata kimia turut digunakan berkali-kali terutamanya dalam Perang Iran-Iraq pada tahun 1988 dan menyebabkan lebih ribuan penduduk terkorban. Gas beracun itu dibawa dengan mengunakan pesawat dan dilepaskan di ruang udara Kota Halabja, Iraq.

Senjata kimia juga turut digunakan pada tahun 1935 oleh Perdana Menteri Itali iaitu Benito Mussolini. Beliau telah bersepakat dengan Jerman dan telah menjatuhkan bom gas mustard di Ethiopia untuk menghancurkan bala tentera Maharaja Ethiopia iaitu Haile Selassie.

Terdapat juga sebuah peristiwa besar yang berlaku di Jepun, ketika gas sarin telah dilepaskan di kawasan kereta api bawah tanah Tokyo oleh sebuah gerakan agama baru iaitu Aum Shinrikyo. Serangan tersebut berlaku pada tahun 1995 dan telah menyebabkan ramai orang awam keracunan serta mati.

Pengunaan gas beracun daripada bahan kimia bagi tujuan peperangan telah meragut jutaan nyawa sekali gus. Oleh kerana itu, sebuah perjanjian telah diwujudkan bagi larangan dalam menggunakan kaedah itu untuk melindungi orang awam.

Penggunaan bahan kimia atau biologi pada peringkat antarabangsa dipantau secara rasmi oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) tahun 1993. Perjanjian tersebut adalah melarang dalam pengembangan, penghasilan, penyimpanan, dan penggunaan senjata kimia. Ia bertujuan dalam menghalang mana-mana negara yang termaktub dalam perjanjian tersebut daripada menyalahgunakan bahan kimia. -airtimes

#GasBeracun #PerangDuniaPertama #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!