Sejak berabad lalu, senjata api dihasilkan oleh sebuah inovasi teknologi telah memberikan impak yang mendalam kepada sejarah manusia. Sejak kemunculan senjata api pertama kali, dunia telah mengalami perubahan besar dalam bidang kepimpinan, politik, bentuk muka bumi dan budaya.
Colt M1911 atau dikenali sebagai M1911 telah dihasilkan oleh John Browning pada tahun 1911 di Amerika Syarikat.
Pistol Colt telah diterima pakai secara rasmi oleh pasukan Amerika Syarikat pada 29 Mac 1911 dan ketika itu ia ditetapkan sebagai Model 1911. Namun akhirnya, senjata itu telah ditukar nama pada tahun 1920 kepada M1911.
Selain itu, tentera Amerika Syarikat juga menggunakan M1911 semasa menentang Pancho Villa di Mexico. Pancho Villa turut dikenali di Amerika kerana serangannya ke atas Columbus, New Mexico, pada tahun 1916.
Senjata itu juga turut digunakan dalam era Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Perang Korea, Perang Vietnam, Perang Perancis dan juga Perang Vietnam.
Semasa Perang Dunia Kedua, senjata ini diperakui sangat terbukti dengan efektif di medan perang terutama ketika dalam pertempuran jarak dekat dan juga operasi bandar.
Namun, disebabkan M1911 terkenal di kalangan pengguna, senjata itu masih belum dihapuskan sepenuhnya. Varian moden M1911 dihasilkan bagi digunakan oleh beberapa unit pasukan khas tentera Amerika Syarikat.
Selain Amerika Syarikat, M1911 turut digunakan oleh banyak negara yang terdiri daripada Brazil, Columbia, Iran, Indonesia, Mesir, Bolivia, Costa Rica, Liberia, Bangladesh dan juga Haiti.
Selepas M1911 dihasilkan, terdapat dua model lain telah direka iaitu M1911A1(Alteration One) dan M1911A2.
M1911 menggunakan peluru berkaliber 45 ACP. Jarak keberkesanan tembakan senjata itu boleh menjangkau sejauh 50 meter.
Senjata ini juga mempunyai laras sepanjang 216 mm serta mempunyai berat purata 4.5 kg.
Hingga saat ini, M1911 tetap menjadi salah satu pistol yang terkenal di kalangan pengguna senjata api kerana diakui mempunyai daya tembakkan yang efisien dan reka bentuknya yang klasik. -airtimes
#M1911 #AmerikaSyarikat #PerangDingin #pertahanan