Home Teknologi Pertahanan UK, Jepun dan Itali meterai perjanjian bina program jet pejuang stealth

UK, Jepun dan Itali meterai perjanjian bina program jet pejuang stealth

by M.Daim

TOKYO, 14 DIS – Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) telah menandatangani perjanjian program pembinaan jet pejuang stealth yang melibatkan usahasama antara ketiga-tiga negara.

Perjanjian tersebut telah dimeterai di Tokyo, hari ini.

Pemeteraian perjanjian ini merupakan titik pencapaian kepada Global Combat Air Programme (GCAP).

Menurut Kementerian Pertahanan UK , jet pejuang stealth ini akan mula beroperasi pada tahun 2035.

“Program ini bermatlamat untuk membangunkan jet pejuang stealth yang inovatif serta mempunyai kemampuan supersonik dan teknologi yang canggih,

“Ia akan menjadi sebuah jet pejuang yang berkemampuan tinggi,” kata Kementerian Pertahanan UK dalam satu kenyataan.

Melalui rangka kerja perjanjian tersebut, program ini akan melibatkan ketiga-tiga negara dengan meletakkan ibu pejabat di UK.

“Jet pejuang supersonik ini mempunyai radar berkemampuan tinggi dan mampu untuk membekalkan 10,000 kali ganda data berbanding sistem sedia ada,

“Ini sekaligus memberikan kelebihan di medan pertempuran,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, usaha dari pihak UK akan diterajui oleh BAE Systems. Ia akan melibatkan kerjasama rapat dengan Rolls-Royce, Leonardo UK dan MBDA UK, serta pelbagai syarikat rangkaian bekalan di negara itu.

Terdahulu, perjanjian GCAP telah ditandatangani oleh Setiausaha Pertahanan UK, Grant Shapps di Tokyo. Itali dan Jepun pula diwakilik oleh Menteri Pertahanan masing-masing.

“Program pesawat tempur terkemuka ini bertujuan untuk menjadi salah satu faktor penting kepada keselamatan global,

“Kami akan terus memberikan hasil usaha yang positif bagi memastikan jet pejuang ini akan diterima oleh tentera udara masing-masing pada tahun 2035,” kata Shapps.  – airtimes.my

#AirTimes #UK #Jepun #Itali #TeknologiPertahanan #Stealth #GCAP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!