MOSKOW, 14 DIS – Pihak Rusia menegaskan masyarakat Palestin sememangnya memerlukan peluang untuk menubuhkan negara mereka sendiri.
Perkara tersebut disuarakan oleh jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
Menurut beliau, krisis kemanusiaan di Gaza adalah isu yang diperlu ditangani pada ketika ini..
“Rakyat Palestin secara jelas perlu diberi peluang untuk menubuhkan negara mereka sendiri, seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata Peskov berdasarkan laporan oleh TASS.
Menurut beliau, penubuhan negara Palestin yang merdeka merupakan satu-satunya penyelesaian kepada konflik di Timur Tengah.
Beliau menambah, semua pihak perlu memikirkan cara dan jalan penyelesaian untuk mengatasi bencana kemanusiaan di Gaza.
Peskov menegaskan, situasi yang berlaku di Timur Tengah pada ketika ini berpunca daripada tindakan pihak yang berkepentingan yang mahu mengambil kesempatan dalam usaha penyelesaian.
Laporan itu turut menyebut, insiden keganasan yang berlaku di rantau itu turut berpunca daripada usaha pihak tertentu yang enggan menerima kemerdekaan Palestin. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global