Home Teknologi Pertahanan Helikopter H160 terima pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Helikopter H160 terima pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 DIS – Helikopter H160 telah dianugerahkan pengiktirafan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Airbus dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan tersebut sekaligus membuka laluan bagi kemasukan helikopter ini ke pasaran Malaysia.

“Pengiktirafan ini diterima sejurus selepas pengeluar pesawat ini menerima pensijilan daripada Transport Canada Civil Aviation bagi model tersebut. H160 juga telah diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency, US Federal Aviation Administration dan Japan Civil Aviation Bureau,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Axel de Pascal, Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia menyambut baik pengiktirafan tersebut sebagai tepat pada masanya.

“Ini membuktikan akan keyakinan yang dipamerkan oleh negara ini terhadap penawaran terbaru kami yang akan menguasai ruang angkasa Malaysia dalam beberapa bulan yang akan datang,

“Pencapaian ini mempamerkan sepenuhnya akan jalinan usahasama yang kukuh diantara Airbus dan CAAM, dalam memastikan akan pelaksanaan penilaian menyeluruh yang mematuhi piawaian keselamatan tertinggi. Kami teruja untuk menyaksikan H160 menyokong misi kritikal di dalam negara ini tidak lama lagi,” katanya.

H160 merupakan helicopter kelas sederhanana menetapkan standard baru dari segi aspek keselamatan, keselesaan dan prestasi alam sekitar.

Helikopter ini turut menampilkan teknologi yang paling canggih, merangkumi bilah rotor Blue Edge yang mengurangkan kehingaran, bilah ekor rotor berlengan Fenestron yang memberikan penguasaan beban yang lebih baik, dan suite avionik Helionox untuk mengurangkan beban kerja juruterbang.

Jelas Airbus, H160 telah dilengkapkan secara unik untuk memenuhi keperluan juruterbang dan juruteknik merentasi semua segmen misi. Ia memberikan nilai tambah kepada pelanggan melalui penyampaian prestasi dan keupayaan yang dipertingkatkan, daya saing ekonomik, inovasi, keselamatan dan keselesaan.

“Melalui pengurangan pengunaan bahan api sebanyak 15% dan pengurangan penghamburan bunyi sebanyak 50%, H160 membolehkan pelanggan untuk mengorak langkah yang lebih besar ke arah mengurangkan jejak alam sekitar mereka,

“H160 kini mempunyai pelanggan untuk semua segmen misi dan telah direka bentuk untuk menangani : tenaga, penerbangan peribadi dan perniagaan, perkhidmatan perubatan kecemasan, misi mencari dan menyelamat, penguatkuasaan undang-undang, dan ketenteraan,

“Di peringkat global, armada H160 telah merekodkan sejumlah lebih daripada 2,800 jam penerbangan,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #TeknologiPertahanan #Airbus

Related Articles

Leave a Reply