Home Teknologi Pertahanan Airbus hasilkan kit pesawat pemadam kebakaran khusus untuk A400M

Airbus hasilkan kit pesawat pemadam kebakaran khusus untuk A400M

by M.Daim

GETAFE, 6 DIS – Syarikat Airbus Defence and Space telah menghasilkan kit prototaip yang baharu bagi membolehkan A400M melaksanakan operasi memadam kebakaran.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, ujian penerbangan yang melibatkan kit tersebut telah dilakukan di Sepanyol.

Uji nilai yang dilaksanakan untuk tempoh 2 minggu itu menyaksikan 6 ujian menggugurkan retardant dan air dalam simulasi memadam kebakaran.

“Kit yang berkonsepkan Roll-on/Roll-off ini mampu mengugurkan sebanyak 20,000 liter retardant memadam kebakaran sepanjang 400 meter penerbangan,” kata Airbus dalam satu kenyataan.

Konsep Roll-on/Roll-off membolehkan A400M berupaya untuk melaksanakan operasi memadam kebakaran pada bila-bila masa.

Kit pemadam kebakaran ini berkonsepkan Roll-on/Roll-off. Foto: Airbus

Menurut Airbus, kit ini tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian kepada A400M.

Jelas Ketua Military Air Systems at Airbus Defence and Space, Jean-Brice Dumont, pihaknya sentiasa meneraju penyelesaian baharu dan menambah keupayaan A400M. Menurut beliau, kit baharu merupakan versi terbaharu dan merupakan penambahbaikan kepada yang sebelumnya.

“Kami telah menguji kit yang baharu, ia meningkatkan kemampuan operasi pengguguran dan mengurangkan masa pelepasan sebanyak 30%,” katanya.

Kit ini merangkumi pemasangan tangki di ruangan kargo pesawat. Tangki ini akan diisi dengan air atau retardant bagi tujuan operais memadam kebakaran.

Kenyataan itu menjelaskan, tangki ini mampu diisi dalam masa kurang daripada 10 minit dengan menggunakan pam standard bertekanan tinggi,

Airbus kali pertama memperkenalkan kit khusus bagi membolehkan A400M melaksanakan operasi kebakaran pada Julai 2022. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #A400M #Teknologi #Airbus

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!