Home Pertahanan dan Keselamatan Kontinjen MALBATT 850 bakal terima 20 buah Panthera Januari depan

Kontinjen MALBATT 850 bakal terima 20 buah Panthera Januari depan

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=1O-H6dK9IrY[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 4 Dis – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) bakal menerima Kenderaan Perisai 4 x 4 Armoured Personnel Carrier (APC), Panthera yang bernilai RM190 juta dari Turki, awal Januari 2024.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, penggantian aset itu adalah bagi meningkatkan tahap kesiagaan ketumbukan dalam melaksanakan misi pengaman di Lubnan.

Menurut beliau, aset berkenaan merupakan sebahagian perancangan untuk menggantikan aset-aset lama digunakan kontinjen MALBATT yang sedang melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

“Yang akan datang ini, kita akan menerima 20 buah kenderaan 4×4 yang dikenali sebagai Panthera bagi menggantikan kenderaan jenis A yang usang dan berumur,

“20 buah ini dijangka akan diterima pada awal tahun depan, iaitu awal Januari 2023,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Pengganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, aset berkenaan adalah bagi menggantikan kenderaan-kenderaan jenis A termasuk RPZ Condor 4×4 yang telah usang dan berusia lebih 40 tahun. Foto: AirTimes/Pasri

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pasukan MALBATT 850 juga akan dilengkapi dengan 50 buah Kenderaan Taktikal Ringan Mobiliti Tinggi (High Mobility Light Tactical Vehicle, HMLTV) untuk menggantikan kenderaan-kenderaan di Lubnan secara berperingkat.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk perolehan 50 buah HMLTV,

“Peruntukan akan diterima pada tahun hadapan, tetapi perolehan akan mengambil masa kerana perlu melalui proses perolehan,

“Apabila membeli kenderaan ketenteraan ini, kita perlu ukur dan semak segala keperluan yang diperlukan (pengguna). Jadi proses perolehan akan mengambil masa agak panjang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mohammad telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat PNBB kepada Kontinjen MALBATT 850-10 yang diketuai oleh Kolonel Mohd Rizman Ramli.

Jelasnya, penganugerahan ini adalah sebagai pengiktirafan komitmen dan profesionalisme setiap anggota MALBATT 850-10 yang telah melaksanakan tugas serta mandat yang diberikan di bawah misi PBB.

Kontijen MALBATT 850-10 terdiri daripada 854 anggota iaitu 84 pegawai dan 770 anggota termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai kewangan dari Kementerian Pertahanan.

Setelah berkhidmat selama 12 bulan di bawah Panji-Panji PBB, MALBATT 850-10 dengan rasminya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada MALBATT 850-11 pada 14 November 23 yang lalu. -airtimes.my

#MALBATT #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply