DOHA, 28 NOV – Pihak Qatar hari ini mengesahkan gencatan sementara di Gaza akan dilanjutkan selama 2 hari.
Perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari dalam satu kenyataan.
“Satu persetujuan telah dicapai bagi melanjutkan gencatan kemanusiaan tambahan selama 2 hari di Gaza,” katanya dalam satu hantaran di akaun media sosial beliau.
Pelanjutan sementara gencatan sementara turut disahkan oleh pihak Hamas dalam satu kenyataan ringkas.
Menurutnya, terma gencatan sementara adalah sama seperti yang dipersetujui pada 24 November lalu.
Gencatan sementara di Gaza bermula selepas 7 minggu peperangan tercetus di wilayah itu. Tempoh gencatan sebelum ini bermula pada 24 November lalu, pada pukul 7 pagi waktu Gaza (1 tengah hari waktu Malaysia) dan dijangka berakhir pada 28 Nov.
Pelanjutan gencatan ini menjangkakan hari terakhir gencatan sementara adalah pada penghujung November. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #gaza #palestin #qatar