Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eks Ubique Claw uji ketumbukan 10 Briged Para dalam operasi menyeberangi sungai

Eks Ubique Claw uji ketumbukan 10 Briged Para dalam operasi menyeberangi sungai

by Nurulhuda

MELAKA, 26 NOV – Pasukan 10 Briged (Para) telah melaksanakan Eksesais UBIQUE CLAW tahun 2023 bagi menguji keupayaan 10 Skuadran Rejimen Askar Jurutera Diraja (10 Skn RAJD) Para sebagai elemen bantuan tempur dalam Operasi Menyeberangi Sungai pada 17 hingga 24 November lalu.

Pihak 10 Bgd (Para) menerusi hantaran di media memaklumkan, latihan yang diadakan di Ladang Taman Permai, Kuala Sungai Baru itu merupakan eksesais gabungan bersama unit-unit di bawah naungan 10 Bgd (Para).

Ia melibatkan Kompeni Bantuan (Para) sebagai 𝘉𝘳𝘪𝘥𝘨𝘦𝘩𝘦𝘢𝘥 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦, 10 Skn RAJD (Para) dan 10 Platun Kor Polis Tentera Diraja (10 Pl KPTD) (Para) sebagai 𝘔𝘢𝘯𝘰𝘶𝘷𝘦𝘳 𝘚𝘱 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦.

“Turut dilaksanakan dalam latihan pada tahun ini adalah pendedahan melaksanakan solat di medan yang telah disampaikan oleh Guru Agama Pasukan dan aturgerak Tim Penyelam Pasukan,” jelas pihak 10 Bgd Para.

Menurut 10 Bgd Para, eksesais ini juga dilaksanakan sebagai persediaan untuk menguji tahap kesiagaan peralatan perairan sedia ada serta memperkemaskan pelaksanaan Teknik, Taktik, Prosedur (TTP) menyeberangi sungai.

“Misi menyeberangi sungai bermula dengan menyelamatkan tanah dekat dan tanah jauh seterusnya menawan objektif di tanah jauh melalui 2 jenis lokasi penyeberangan iaitu 𝘍𝘰𝘰𝘵 𝘊𝘳𝘰𝘴𝘴𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘪𝘵𝘦 menggunakan 𝘗𝘰𝘳𝘵𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘍𝘭𝘰𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘧𝘰𝘳𝘮 (PFP) dan 𝘙𝘢𝘧𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘪𝘵𝘦 menggunakan Rakit Catamaran,

“Latihan diakhiri dengan 𝘈𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘙𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 yang dilaksanakan bagi membincangkan keberkesanan serta kelemahan latihan yang telah dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan,

“Ia juga telah memberi gambaran secara realistik dan menyeluruh kepada pegawai dan anggota akan tugas-tugas khusus yang perlu dijayakan dalam menyokong aturgerak ketumbukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) selain mencapai aspirasi Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30,” ujar hantaran itu lagi. -airtimes.my

#pertahanan #10BgdPara #airtimes #TDM

Related Articles

Leave a Reply