Home SemasaGlobal Perang dengan kekuatan penuh selepas jeda kemanusiaan – Menteri Pertahanan Israel

Perang dengan kekuatan penuh selepas jeda kemanusiaan – Menteri Pertahanan Israel

by Nurulhuda

BAITULMAQDIS, 25 NOV – Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengumumkan negaranya akan melanjutkan perang dengan kekuatan penuh selepas jeda kemanusiaan di Gaza, menurut Agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Itali, Guido Crosetto di ibu pejabat Kementerian Pertahanan Israel di Tel Aviv, Galant pada Jumaat.

“Akan ada jeda sebentar, dan selepas itu kami akan terus bekerja dengan kekuatan tentera penuh,

“Kami tidak akan berhenti sehingga kami mencapai matlamat kami – memusnahkan Hamas dan mengembalikan tebusan dari Gaza ke Israel. Terdapat 240 tebusan dan ini adalah sesuatu yang kami tidak boleh terima atau bertolak ansur,” tambah Gallant.

Sementara itu mengenai kawasan sempadan utara dengan Lubnan, Gallant berkata, pihaknya tidak berminat dalam peperangan tersebut, tetapi mesti menghalang musuh mereka.

“Kami tidak boleh kembali kepada realiti 6 Oktober. Kami diserang dengan kejam oleh Hamas, kemudian kami diserang oleh Hizbullah. Kami tidak akan bertolak ansur dengan ancaman yang ditujukan kepada rakyat kami,” tambahnya lagi.

Jeda kemanusiaan selama 4 hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.

Menurut Agensi Anadolu, jeda kemanusiaan bermula pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT) (12 tengah hari Waktu Malaysia).

Angka korban membabitkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza meningkat kepada 14,854 sejak 7 Oktober lepas.

Ia termasuklah 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 orang lagi cedera.-airtimes.my

#global #airtimes #Palestin #Israel #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply