Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Muhyiddin buat pusingan U, setuju tanding jawatan Presiden BERSATU sepenggal lagi

Muhyiddin buat pusingan U, setuju tanding jawatan Presiden BERSATU sepenggal lagi

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 25 NOV – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menarik semula hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pemilihan akan datang.

Sebaliknya beliau membuat keputusan untuk memegang jawatan tersebut untuk satu penggal lagi selepas mendengar perbahasan perwakilan dan kepemimpinan parti serta mendapat restu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

“Sebenarnya, kuasa yang paling besar saya hendak sebutkan dekat sini bukan Perhimpunan Agong Tahunan (PAT), kuasa besarnya tidak bukan adalah isteri saya,

“Isteri saya text saya dan bagitahu stay another term, jangan kecewakan mereka, they need you mereka ikhlas. Carry on, saya restu katanya,

“Jadi saya hendak menyatakan atas hasrat dan niat baik saudara saudari, pimpinan yang ada di atas semua yang ada di sini mungkin diluar sana saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden bila sampai masanya nanti,” katanya ketika ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU, hari ini,

Semalam, bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan dasarnya menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti pada tahun hadapan bagi mengekalkan jawatannya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis BERSATU mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi. -airtimes.my

#TSMY #BERSATU #politik #airtimes

Related Articles

Leave a Reply