Home Pertahanan dan Keselamatan 10 Briged (Para) pertingkat keupayaan aturgerak OP PARACUT guna pesawat A400M TUDM

10 Briged (Para) pertingkat keupayaan aturgerak OP PARACUT guna pesawat A400M TUDM

by Nurulhuda

KUANTAN, 25 NOV – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 10 Briged (10 Bgd) Para dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam usaha membangunkan keupayaan taktikal pesawat A400M dengan melaksanakan Trial Paratrooper Static Jump.

Latihan yang bermula sejak 21 hingga 24 November lalu ini adalah untuk meningkatkan keupayaan aturgerak kedua-dua perkhidmatan bagi tujuan operasi dan latihan.

Pihak 10 Bgd (Para) memaklumkan, sebelum ini penerjunan bebas menggunakan pesawat A400M telah dilaksanakan oleh pasukannya dalam Eksesais TACOP pada bulan Mac 2022.

“Kajian Trial Paratrooper Static Jump telah bermula pada bulan Feb 2023 melalui pengarahan yang telah dikeluarkan oleh Panglima Operasi TUDM,

“Bermula dengan fasa Comparative Study bagi mengkaji kesesuaian Paracut jenis MC1-1D dengan Paracut jenis EPC. Kemudiannya Feasibility Study bagi meneliti proses penerjunan keluar dari pesawat serta Risk Assessment Matrix Analysis,

“Akhir sekali adalah fasa Live Drop melibatkan bundle drop sebagai simulasi kepada penerjun (weight load) dan diikuti penerjunan sebenar dari anggota bersama kelengkapan,” jelas 10 Bgd (Para) menerusi hantaran di media sosialnya.

Menurut 10 Bgd (Para), pelaksanaan penerjunan ini telah melibatkan seramai 7 pegawai dan 98 anggota dari 10 Bgd Para serta 3 pegawai dan 20 anggota dari Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Latihan ini turut melibatkan juruterbang dan krew A 400M dari No. 8 Skn TUDM bertempat di Pangkalan Udara Kuantan.

“Penerjunan ini telah dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan sortie planning dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan,

“Kerjasama yang erat ini juga menepati Penumpuan Ketiga Perintah Ulung PTD ke-30 iaitu Kebersamaan dan Kebolehoperasian antara TDM dan TUDM serta menepati salah satu daripada 6 ciri-ciri Angkatan Masa Hadapan,” jelas hantaran itu lagi. -airtimes.my

#pertahanan #TDM #TUDM #10BgdPara #airtimes

Related Articles

Leave a Reply