Home Pertahanan dan Keselamatan Sanggup tinggalkan bayi berusia 20 hari demi MALBATT 850-11

Sanggup tinggalkan bayi berusia 20 hari demi MALBATT 850-11

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=9d0M-Yj7mz4[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 23 NOV – “Saya bertugas demi negara. Harapan saya pasukan Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) dapat pergi dan balik dengan selamat,” luah Koperal Zaimi Zainal Abidin, 28.

Beliau yang baru menimang cahaya mata pertama 20 hari lalu antara 211 anggota yang terdiri daripada 9 pegawai dan 191 anggota kumpulan ketiga MALBATT 850-11 ke Lubnan membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di negara itu.

Walaupun sayu, Zaimi yang bertugas di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) Para tetap meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana terpilih menjadi salah seorang peserta misi di Lubnan pada kali ini.

“Walaupun sebelum ini saya hanya calon simpanan. Alhamdulilah, kini menjadi calon tetap dan terpilih laksana misi di Lubnan. Sedih tetap ada. Tetapi demi negara, tugas menjadi keutamaan,

“Saya tetap berasa sedih, belum sampai sebulan (20 hari) sudah tinggalkan bayi kami. Tetapi sekarang zaman sudah canggih boleh membuat panggilan telefon dan video. Tiada masalah, gunakan telefon untuk berhubung dengan keluarga,” ujarnya ketika ditemui Air Times.

Koperal Zaimi Zainal Abidin, 28 dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) Para antara 211 anggota kumpulan ketiga MALBATT 850-11 yang berangkat ke Lubnan membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di negara itu pada 12 November lalu. Foto: AirTimes/Pasri

Sementara itu, walaupun masih berpantang, isterinya, Syarifah Hazar Atiqqah Sh Albab, 27 tetap hadir ke Pangkalan Udara Subang untuk menghantar suami tercinta.

“Saya rasa bersyukur kerana impian suami untuk bertugas di luar negara (MALBATT) menjadi kenyataan. Disebabkan impian suami, saya reda untuk dia (suami) melaksanakan tugas disana. Sudah rezeki dia pada kali ini,

“Walaupun ada perasaan sedih, saya sudah maklum tentang pekerjaan dia (suami). Sebagai isteri tentera kita mesti sudah tahu tugas suami macam mana,” ujarnya lagi.

Syarifah Hazar turut berkata, pengalaman berpantang anak sulung tanpa kehadiran suami ini akan dijadikan pengalaman dan kenangan dalam hidupnya sekeluarga.

Saya sudah maklum tentang pekerjaan dia (suami). Sebagai isteri tentera kita mesti tahu tugas suami macam mana – Syarifah Hazar Atiqqah Sh Albab. Foto: AirTimes/Pasri

“Dari segi persediaan, alhamdulillah, keluarga banyak membantu. Walaupun ini anak pertama, tidak ada pengalaman sebelum-sebelum ini, kali ini saya cari pengalaman sendiri. InsyaAllah,

“Harapan saya, semoga mereka kontinjen MALBATT 850-11 berada dalam keadaan selamat di sana. Pergi dengan selamat dan kembali semula dengan selamat,” jelasnya lagi.

Pelepasan kumpulan berkenaan telah disempurnakan Panglima Angkatan Bersama (MK AB), Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM pada 12 November lalu.

Manakala kumpulan terakhir MALBATT 850-11 telah berangkat ke Lubnan pada 16 November 23.

Kontinjen MALBATT 850-11 kini secara rasmi mengambil alih peranan sebagai pasukan pengaman mewakili Malaysia di Lubnan.

MALBATT 850-11 menampilkan seramai 854 anggota terdiri dari 82 pegawai dan 772 anggota, termasuk 3 pegawai serta 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan.

Pelepasan kumpulan ketiha MALBATT 850-11 telah disempurnakan Panglima Angkatan Bersama (MK AB), Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM pada 12 November lalu.

Pasukan ini meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL yang akan ditempatkan di 2 penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin.

Pasukan ini juga akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply