Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan Presiden BERSATU

Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan Presiden BERSATU

by Bernama

SHAH ALAM, 24 Nov – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti yang akan diadakan tahun hadapan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan 2023 Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media sama berkata pengumuman Muhyiddin itu masih di peringkat cadangan dan belum dipersetujui Majlis Pimpinan Tertinggi parti. – Bernama

#politik #PPBM #Muhyiddin #airtimes

Related Articles

Leave a Reply