DOHA, 22 NOV – Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan mengesahkan gencatan sementara di Gaza akan bermula dalam tempoh 24 jam.
Menurutnya, perkara itu dicapai apabila Hamas dan Israel telah bersetuju berhubung perkara tersebut.
“Waktu permulaan gencatan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam dan ia akan berterusan selama 4 hari,” kata Kementerian Luar Qatar.
Mereka turut menyatakan tempoh gencatan tersebut akan dilanjutkan sekiranya terdapat perkembangan lain.
Melalui gencatan ini, seramai 50 tahanan wanita dan kanak-kanak di dalam Gaza akan dibebaskan. Sebagai tukaran, Israel akan membebaskan sejumlah tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin dari penjara.
“Jumlah tahanan yang dibebaskan dijangka akan bertambah,” katanya.
Gencatan sementara ini dijangka akan memberi ruang kepada kemasukan sejumlah besar bantuan kemanusiaan ke Gaza – termasuk bekalan ubat-ubatan dan bahan api.
Pihak Qatar menyatakan mereka akan terus berusaha untuk meredakan ketegangan di rantau Timur Tengah terutamanya di Gaza.-airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Gaza