ANKARA, 6 NOV – Turkiye telah menghantar 2 buah kapal yang membawa kelengkapan hospital medan dan ambulans ke Mesir.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca di akaun media sosial beliau.
“Kami sedang meneruskan usaha untuk membawa 1,000 pesakit dan mangsa yang memerlukan rawatan segera,
“Ini termasuk para pesakit kanser yang sedang berada di Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin di Gaza yang telah berhenti operasi,” katanya.
Menurut beliau, kesemua pesakit dan mangsa akan dibawa ke hospital medan Turkiye yang dirancang untuk ditempatkan berhampiran sempadan Mesir-Gaza. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Turkiye #Gaza