TOKYO, 6 NOV – Kejatuhan mata wang Yen dilaporkan telah memaksa Jepun untuk mengubah semula pelan modenisasi ketenteraan mereka.
Mata wang Negara Matahari Terbit itu menyusut sebanyak 10% dan dijangka akan memberikan impak kepada pelan bernilai US$320 juta yang diumumkan baru-baru ini.
Menurut laporan Japan Today, rancangan tersebut adalah berdasarkan jangkaan tukaran 108 yen kepada dolar – nilai pada musim panas 2021 dan digunakan untuk asas pelan modenisasi tersebut.
“Semenjak awal November, mata wang Yen telah menyusut dengan kadar 151 Yen kepada satu dolar,” kata laporan itu.
Jelasnya, Tokyo mempunyai perancangan tersendiri dalam mengatasi isu tersebut terutamanya melibatkan perolehan misil Tomahawk dan jet pejuang F-35.
“Pada ketika ini, impak adalah sederhana. Namun, penyusutan nilai mata wang Yen akan memberikan kesan kepada pembangunan keupayaan Jepun,
“Ia turut memberikan pengurangan perbelanjaan dan penangguhan dalam perolehan utama,” kata Japan Today yang memetik kenyataan Christopher Johnstone yang merupakan bekas Pengarah Keselamatan Negara di Asia Timur bawah pemerintahan Joe Biden.
Jepun sebelum ini mengumumkan peningkatan keupayaan ketenteraan negara itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan konflik pada masa hadapan. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global #Jepun