Home Semasa Gaza sudah ‘terbelah dua’ – Israel

Gaza sudah ‘terbelah dua’ – Israel

by M.Daim

GAZA, 6 NOV – Pihak tentera Israel (IDF) hari ini mendakwa mereka telah berjaya melakukan kepungan terhadap Gaza.

Perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari.

Menurutnya, tentera Tel Aviv telah mengepung Bandar Gaza dan telah menghasilkan kawasan “Selatan Gaza” serta “Utara Gaza”.

“Pasukan tentera telah berjaya mara sehingga ke kawasan pesisir dan bertahan di lokasi tersebut,” katanya.

Laporan Al Jazeera memetik kenyataan Daniel yang turut menjelaskan pasukan tentera itu sedang menggempur kedudukan yang dikuasai Hamas sama ada termasuk di bawah tanah.

Sementara itu, ketua tentera Israel, LTG Herzi Halevi menyatakan IDF bersedia untuk menyerang sasaran di utara Gaza “pada bila-bila masa”.

“Kami mempunyai matlamat yang jelas untuk mengembalikan semula keadaan keselamatan yang lebih baik di kawasan sempadan, bukan sahaja di Gaza,

“Kami (IDF) bersedia untuk menyerang kawasan utara pada bila-bila masa,” kata Herzi di akaun media sosial rasminya.

Perang Gaza 2023 tercetus semenjak 7 Oktober lalu dan memasuki hari ke-30. Tentera Israel telah melancarkan serangan dari 3 arah iaitu dari timur, utara dan juga barat laut bandar Gaza. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Gaza #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!