Pada abad ke-19, revolusi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah membawa perkembangan teknologi senjata api yang lebih canggih, termasuk senjata laras pendek, senjata mesingan dan juga senjata yang digunakan oleh penembak jitu.
Submesingan ringan Owen Machine Carbine atau lebih dikenali sebagai Owen Gun telah dihasilkan oleh Evelyn Owen pada tahun 1939. Beliau merupakan seorang pereka senjata api yang berasal daripada New South Wales, Australia.
Owen Gun adalah satu-satunya senjata mesingan ringan yang direka dan dibina sepenuhnya oleh Australia semasa Perang Dunia Kedua. Senjata itu telah digunakan oleh pasukan tentera Australia dari tahun 1942 hingga 1971.
Pada tahun 1942, senjata itu telah digunakan oleh tentera Australia dalam pertempuran semasa menentang Jepun di New Guinea. Lebih daripada 45,000 senapang Owen telah dihasilkan semasa Perang Dunia Kedua dan ia juga digunakan semasa Perang Korea pada tahun 1950 dan Perang Vietnam pada tahun 1955.
Senjata itu turut digunakan oleh Pejuang Indonesia dalam Revolusi Nasional Indonesia pada tahun 1945.
Selain itu, senjata itu juga turut digunakan oleh beberapa buah negara yang terdiri daripada Netherlands, United Kingdom, Brazil, New Zealand dan banyak lagi.
Senjata ini juga mempunyai laras sepanjang 250 mm serta mempunyai berat purata 4.23 kg.
Submesingan itu menggunakan peluru yang berkaliber 9×19 mm.
Namun secara umum, jarak jangkauan efektif tembakan senjata itu adalah 100 hingga 200 m.
Owen Gun turut merupakan sejarah dan simbol keunggulan teknologi ketenteraan Australia. Inovasi dalam teknologi senjata api turut membawa perubahan serta meninggalkan impak besar kepada masyarakat dan juga geopolitik global. -airtimes
#OwenGunMachine #Australia #pertahanan