Home SemasaGlobal Negara Amerika Latin putuskan hubungan diplomatik, panggil kedutaan balik dari Israel

Negara Amerika Latin putuskan hubungan diplomatik, panggil kedutaan balik dari Israel

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 NOV – Berikutan serangan terhadap Kem Pelarian Jabaliya di Gaza baru-baru ini, Israel berhadapan dengan tekanan dan diplomatik antarabangsa.

Bolivia telah bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Ini merupakan kali kedua negara itu telah bertindak demikian selepas tahun 2009.

Negara Amerika Latin itu sekali lagi menyambung semula hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 2020.

“Kerajaan Bolivia telah bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bantahan dan mengutuk terhadap serangan agresif yang keterlaluan di Gaza,” kata Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani.

Alasan yang sama turut dikemukakan oleh Chile yang bertindak memanggil pulang dutanya dari Israel.

Kementerian Luar Chile menegaskan Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Gaza.

Dalam pada itu, Presiden Kolombia, Gustavo Petro mengumumkan kerajaannya telah memanggil pulang dutanya dari Israel.

“Jika Israel tidak menghentikan pembunuhan terhadap warga Palestine, kami tidak akan berada di sana,” kata Petro di akaun media sosial rasmi beliau.

Sementara itu, Argentina dan Brazil mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Kementerian Luar Argentina menyatakan pihaknya memandang serius keadaan di wilayah bergolak itu terutamanya “pelanggaran undang-undang kemanusiaan di peringkat antarabangsa”.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pula menggesa Tel Aviv menghentikan serangan terhadap Gaza.

“Kali pertama, kita melihat sesuatu peperangan di mana ramai yang terbunuh adalah kanak-kanak,

“Hentikanlah, hentikanlah (pengeboman terhadap Gaza),” kata Lula di akaun media sosial rasmi beliau.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan seramai 195 disahkan terkorban dan 777 lagi cedera dalam serangan yang berlaku di Jabalia pada 1 November.

Laporan tersebut menyatakan seramai 120 lagi hilang.

Mangsa serangan bom di Kem Jabaliya telah dirawat di Hospital Indonesia. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Gaza

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!