Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand dianugerah beret kehormat 10 Briged Para

Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand dianugerah beret kehormat 10 Briged Para

by Nurulhuda

MELAKA, 29 Okt – Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Songwit Noonpackdee telah menerima beret merun dan sayap kehormat 10 Briged (Para).

Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan, beliau merupakan penerima ke-70 beret merun dan sayap penerjunan kehormat selepas Panglima Tentera Darat, (PTD) Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan pada 21 Okt lepas.

Majlis penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Abdul Rahman di Dataran Parawood, 8 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Terendak pada Sabtu.

Hadir sama ke majlis itu ialah Panglima Tentera Darat dan Pengerusi Lembaga Penasihat Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Kittisak Boonprathamchai.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, majlis itu bermula dengan demonstrasi 10 Briged (Para) melibatkan 22 pegawai dan 1,200 anggota lain-lain pangkat melaksanakan penerjunan bebas, tempur tanpa senjata, renang tempur, tactical combat casualty care, demonstrasi menara serba guna dan serangan seksyen.

Penonton turut disajikan dengan demontrasi penerjunan bebas menggunakan military tactical glider dari aras 5,000 kaki menggunakan pesawat EC 725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pertunjukan Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para yang berperanan sebagai seni membela diri termasuk tangkisan serta tumbukan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara Pemakaian Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat oleh Panglima Angkatan Tentera kepada Songwit sebelum penyampaian cendera kenangan oleh Panglima 10 Briged (Para) Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal. -airtimes.my

#TDM #Thailand #Malaysia #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply