Raifal M1 Garand adalah merupakan salah satu senjata yang menjadi lambang kebanggaan dan keunggulan teknologi senjata ketenteraan Amerika Syarikat. Senjata ini turut memainkan peranan penting dalam beberapa konflik penting, terutamanya ketika Perang Dunia Kedua.
M1 Garand itu telah dihasilkan oleh John C. Garand pada tahun 1936. Raifal itu kemudiannya digunakan secara meluas oleh pasukan ketenteraan Amerika Syarikat pada tahun 1937.
Raifal ini terus digunakan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dalam beberapa konflik yang berikutnya termasuk Perang Korea dan Perang Vietnam.
Senjata itu juga turut digunakan oleh Pejuang Indonesia dalam Revolusi Nasional Indonesia pada tahun 1945.
Selain Amerika Syarikat, senjata itu juga turut digunakan oleh beberapa buah negara yang terdiri daripada Afghanistan, Algeria, Brazil, Kanada, Perancis, Iran, Jerman, Jepun, Itali dan banyak lagi.
Raifal ini juga mempunyai laras sepanjang 609 mm serta mempunyai berat purata 4.3 kg.
Senjata itu menggunakan peluru yang berkaliber 7.62 mm NATO.
Namun secara umum, jarak jangkauan efektif tembakan raifal itu adalah 400 hingga 500 m.
M1 Garand adalah sebuah rekaan yang luar biasa dalam perkembangan dan kemajuan senjata api. Ia turut meninggalkan impak yang mendalam serta menghasilkan sejarah yang penting dalam konflik sesebuah negara. -airtimes
#M1Garand #AmerikaSyarikat #pertahanan