Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 6 PATI Myanmar seberang Sungai Golok ditahan

6 PATI Myanmar seberang Sungai Golok ditahan

by Nurulhuda

TANAH MERAH, 27 OKT – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, kesemua PATI itu ditahan selepas menyeberangi Sungai Golok dengan menggunakan perahu pada jam 5 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya merupakan warganegara Myanmar yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 wanita yang berumur antara 27 hingga 38 tahun,

“Turut dirampas adalah 6 buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia dan Myanmar, seutas jam tangan dan barangan kemas dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM 6,230.77,

“PATI seterusnya diserahkan kepada IPD Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya,” jelas Markas 2 Div.

Tambah kenyataan itu, PATI yang ditangkap didapati memasuki Malaysia dengan bantuan tekong bertujuan untuk mencari peluang pekerjaan.

Dalam masa yang sama, Markas 2 Div berkata, pihaknya akan sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara. -airtimes.my

#TDM #PATI #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!