Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 6 kapal TLDM laksana latihan Perang Borneo, uji kesiagaan dan keupayaan Armada Timur

6 kapal TLDM laksana latihan Perang Borneo, uji kesiagaan dan keupayaan Armada Timur

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 24 OKT – Enam buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah selesai melaksanakan latihan Perang Borneo di Laut China Selatan.

Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) memaklumkan, latihan yang bermula pada Ahad lalu itu melibatkan KD KEDAH selaku Ketua Gugus Tugas telah belayar di sekitar Laut China Selatan bersama KD KELANTAN, KD SERANG, KD SRI JOHOR, KD PAUS dan KD TODAK.

“Perang Borneo Siri Ke-5 yang terlaksana sejak Ahad lalu menutup tirai hari ini dengan sesi pembentangan dapatan dan pemerhatian di Wisma Kejora,

“Semalam, kapal-kapal mula meninggalkan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi menjalani fasa latihan di lapangan (Field Training Exercise) yang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai evolusi merangkumi aspek navigasi, komunikasi dan peperangan maritim,” jelas MPA Timur dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.

Jelas MPA Timur, latihan seperti Perang Borneo ini akan terus dilaksanakan bagi menentukan kesiagaan aset dan warga The Navy People supaya sentiasa berada di tahap terbaik dan bersiap siaga untuk diatur gerak sebilang masa.

“Ia turut menjadi medan bagi mempamerkan kehadiran aset TLDM di Zon Maritim Malaysia,” jelasnya lagi.

Turut menyertai pelayaran kali ini adalah Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy. -airtimes.my

#pertahanan #TLDM #airtimes #MPATimur

Related Articles

Leave a Reply