TOKYO, 21 OKT – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyuarakan kebimbangan beliau terhadap perkembangan semasa global.
Menurutnya, perang Ukraine-Rusia dan konflik Hamas-Israel merupakan antara 2 titik perubahan penting dalam sejarah dunia.
“Dukungan antarabangsa berasaskan peraturan, bebas dan terbuka berada dalam krisis yang teruk,
“Perubahan dalam keseimbangan kuasa (global) dan persaingan geopolitik yang semakin sengit… menjadikan masalah itu lebih kompleks,” Kishida seperti dilaporkan oleh media Jepun.
Menurut laporan itu, video tersebut disiarkan bersempena Mount Fuji Dialogue yang sedang berlangsung di Tokyo.
Dialog tersebut merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pemimpin politik serta perniagaan dari Jepun dan Amerika Syarikat. Ia dianjurkan secara bersama oleh Japan Center for Economic Research dan Japan Institute of International Affairs.
Dalam siaran video yang sama, Kishida menegaskan kerjasama pelbagai negara perlu diteruskan bagi menghadapi cabaran ini. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global #Jepun