[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=No_odfOMZVU[/embedyt]
GAZA, 21 OKT – Bantuan kemanusiaan dilaporkan mula memasuki Gaza selepas pintu sempadan Rafah dibuka.
Laluan yang menghubungkan Mesir dan Gaza telah dibukan pada sekitar 10 pagi waktu Mesir (3 petang waktu Malaysia).
Perkara tersebut dilaporkan oleh media Mesir, Al Qahera News.
Menurut laporan itu, sebanyak 20 buah trak telah memasuki ke kawasan Gaza melalui pintu tersebut.
“Trak membawa makanan, minuman, barangan perubatan dan bantuan telah memasuki ke kawasan Gaza,
“Penghantaran bantuan kemanusiaan ini dilaksanakan dengan koordinasi pasukan Bulan Sabit Merah,” kata laporan itu.
Kemasukan trak bantuan kemanusiaan tersebut dilihat sebagai kelegaan kepada penduduk Gaza yang telah terkepung semenjak konflik Palestin-Israel tercetus pada 7 Oktober lalu. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Palestin #Gaza #Mesir