Home Semasa Kedutaan AS terus ‘digegar’, Malaysia gesa henti sokongan kepada Israel

Kedutaan AS terus ‘digegar’, Malaysia gesa henti sokongan kepada Israel

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=LMtm7t2xkFY[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 20 OKT – Sokongan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) terhadap Israel yang menceroboh Palestin di bumi Gaza perlu dihentikan dengan serta-merta.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serta serangan terhadap Gaza lebih-lebih terhadap hospital baru-baru ini.

Hampir 2,000 peserta berarak dari Masjid Tabung Haji selepas Solat Jumaat bersama ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuju ke Kedutaan AS bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap serangan rejim zionis Israel ke atas penduduk di Palestin.

Peserta berarak dari Menara Tabung Haji selepas Solat Jumaat bersama ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dengan membawa bendera Palestin.

Para peserta turut melaungkan slogan ‘bebaskan Palestin’ dan membawa bendera Palestin semasa perarakan untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap Israel kerana menyerang hospital yang membunuh ratusan mangsa beberapa hari lalu.

Mukhriz dan Khairy Jamaluddin kemudian diiringi beberapa pegawai polis telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan AS sebagai membantah sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya telah menyampaikan satu memorandum untuk menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang telah memberi sokongan yang luar biasa kepada Israel sehingga mereka berkuasa.

“Kami telah selesai menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS sebagai tindakan mendesak negara itu untuk menarik balik segera sokongan terhadap Israel,

“Sokongan itu bukan sahaja sokongan moral, tetapi bekalan senjata yang digunakan untuk membunuh begitu ramai rakyat di Gaza,” kata Mukhriz kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS, hari ini.

Tegasnya, walaupun AS menafikan Israel telah mengebom hospital di Gaza sehingga mengorbankan ratusan nyawa, Malaysia masih lantang menyokong Palestin.

“Kita rasakan bahawa tanpa sokongan AS, Israel tidak akan berani untuk melakukan jenayah perang sehingga membunuh ramai rakyat Palestin,

“Malaysia begitu lantang, konsisten menyokong Palestin dan pada hari ini kita menterjemahkan konsisten tersebut dalam bentuk protes perarakan dan perhimpunan di depan Kedutaan AS untuk menyatakan bantahan keras kita terhadap tindakan mereka itu,” ujarnya lagi.

Bantahan, demontrasi di Kuala Lumpur dan di seluruh dunia perlu diteruskan setiap hari dah minggu sehingga penderitaan di Palestin berakhir – Khairy Jamaluddin

Sementara itu, Khairy pula menjelaskan sokongan kuasa besar AS kepada Israel perlu dihentikan segera bagi memastikan Palestin ke arah negara yang bebas, berdaulat dan bermaruah.

“Kita juga mendesak agar bantuan kemanusiaan dibenarkan untuk diberi kepada rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Wilayah Gaza yang sekarang ini keadaannya sangat-sangat terdesak,

“Kita juga mahu Presiden Israel, Benjamin Netanyahu diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai pengganas untuk tindakan lanjut,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#palestin #Malaysia #AS #airtimes #himpunan #semasa

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!