Home Semasa Palestin: Penghantaran tentera perlu disepakati negara jiran – Anwar

Palestin: Penghantaran tentera perlu disepakati negara jiran – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 OKT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, penghantaran tentera Malaysia ke Palestin termasuk menjalankan misi pendamaian atau misi kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.

Beliau menegaskan, keputusan untuk menghantar pasukan tentera bukan boleh dibuat dengan mudah kerana persetujuan negara-negara jiran Palestin perlu bagi membolehkan pesawat tentera mendarat untuk memberi bantuan.

“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jika mahu hantar tentera, termasuk pasukan pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan, ia mesti disepakati negara jiran. Jika tidak, pesawat kita tidak boleh mendarat,

“Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat. Kalau dikatakan perlu, kita sepakat sebagai satu komuniti ummah untuk mengutuskan apa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi dan jadi mangsa kekejaman rejim Israel,” katanya ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!