[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=zvmggt0Blz4[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 13 OKT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan harga minyak petrol di Malaysia merupakan antara termurah di dunia.
Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Pembentangan Belanjawa 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
“Malaysia merupakan negara ke-3 tertinggi di dunia untuk subsidi petrol,
“Harga petrol RON 95 kita adalah di antara termurah di dunia dengan kadar RM2.05 seliter, lebih murah daripada Arab Saudi,
“(Arab Saudi) pengeluar minyak utama dunia RM2.94,
“Jika dibandingkan negara dengan harga negara serantau, Indonesia pada kadar RM4.45 dan Thailand RM5.99 ,” katanya.
Pada ketika ini, Anwar Ibrahim sedang membentangkan Belanjawan 2024 yang dijangka akan memberikan reformasi kepada sistem subsidi negara. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Semasa #Madani #Belanjawan2024