Home Semasa Helikopter tempur versi baharu AH-64E berjaya laksana penerbangan ulung

Helikopter tempur versi baharu AH-64E berjaya laksana penerbangan ulung

by M.Daim

ARIZONA, 13 OKT – Boeing telah berjaya melaksanakan penerbangan ulung helikopter helikopter AH-64E.

Menurut Boeing dalam satu kenyataan, model E Apache yang telah ditingkat upaya turut dikenali sebagai Version 6.5 (V6.5) menampilkan konfigurasi helikopter terulung global.

“Kami telah berjaya melihat hasil usaha kami selama ini dengan penerbangan ulung AH-64E,

“Tingkat upaya ini akan membawa AH-64E ke peringkat yang lebih baik dari segi keupayaan,

“Ini menjamin dominasi Apache di medan tempur masa hadapan,” kata Timbalan Presiden Program Helikopter Tempur, Christina Upah.

V6.5 merangkumi beberapa penambahbaikan dan juga tingkat upaya paparan untuk juruterbang tempur.

Menurut Boeing, tingkat upaya ini melibatkan sistem perancangan tempur dan laluan penerbangan optimum, tambah upaya sistem Link 16 serta integrasi sistem terbuka.

Ia bagi memastikan helikopter ini mempunyai keupayaan integrasi yang lebih baik dan juga kemampuan tempur di medan.

Sementera itu, Pengarah Projek Apache untuk US Army, Kolonel John Maher berkata, perisian V6.5 ini bakal membuka pintu modenisasi AH-64E.

“V6.5 menggariskan kesemua model E untuk mempunyai perisian, latihan dan penyelenggaraan yang seragam,

“Selain daripada itu, ia turut memberikan ruang kepada US Army untuk mengenalpasti mandat dan teknologi kritikal bagi memastikan helikopter ini terus relevan pada masa hadapan.

Kontrak V6.5 telah digariskan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 2021. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!