Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara #Pertahanan: 10 Bgd Para pamer kesiagaan PAC dalam Eks COPE TAUFAN 2023

#Pertahanan: 10 Bgd Para pamer kesiagaan PAC dalam Eks COPE TAUFAN 2023

by Nurulhuda

SEBERANG PERAK, 28 SEPT – Seramai 240 anggota dari 10 Briged (Para) lengkap dengan peralatan telah melakukan penerjunan statik semasa Eksesais COPE TAUFAN 2023 (Eks CT23).

Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan, latihan penerjunan tersebut menggunakan 2 buah pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules TUDM dan 2 buah lagi pesawat jenis yang sama daripada United States Pacific Air Forces (US PACAF).

Menurutnya, Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) itu dibawa menaiki pesawat pengangkut kedua-dua angkatan udara dari Pangkalan Udara Subang sebelum melakukan penerjunan di kawasan DZ Seberang Perak.

Anggota 10 Briged Para laksana penerjunan statik 4 buah pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules TUDM dan United States Pacific Air Forces (US PACAF). Foto: TUDM

“Setiba di kawasan penerjunan, latihan penerjunan dilaksanakan secara Mass Drop yang menyaksikan ratusan guguran payung terjun di kawasan tersebut,

“Kejayaan latihan penerjunan ini membuktikan keberanian pasukan pertahanan negara yang mampu diaturgerak dalam masa singkat bagi melaksanakan misi yang diarahkan demi menjaga kedaulatan negara tercinta,” jelas pihak TUDM menerusi hantaran di media sosialnya.

Latihan bilateral melibatkan TUDM bersama US PACAF ini diadakan bagi memperkasakan kesiagaan angkatan udara itu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Majlis perasmian Eks CT23 telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin TUDM pada 21 September lalu.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply