Home Teknologi Pertahanan #PERTAHANAN: RAIFAL BARRETT M82A1 SENJATA DIGERUNI DI MEDAN PERANG

#PERTAHANAN: RAIFAL BARRETT M82A1 SENJATA DIGERUNI DI MEDAN PERANG

by Muaz Rizqi

Secara umumnya penembak hendap dilengkapi dengan pakaian penyamaran yang bersesuaian mengikut keadaan bentuk muka bumi. Penembak hendap yang juga disebut sebagai sniper juga memerlukan senjata khusus yang berketepatan tinggi beserta dilengkapi dengan optik pembesaran.

Senjata yang digunakan bagi misi ini kebiasaanya direka khusus untuk memusnahkan sasaran dari jarak jauh.

Sasaran tidak terhad kepada inidividu sahaja, malah turut merangkumi kenderaan atau fasiliti berkepentingan tinggi.

Senjata anti materiel M82A1 telah dihasilkan oleh firma Amerika Syarikat, Barrett Firearms yang berpangkalan di Tennessee. Senjata itu juga mula direka oleh Ronnie Barrett pada tahun 1982.

Selain itu M82A1 juga turut diberi nama timangan seperti Light Fifty atau Barrett 50 kaliber. Ia turut digunakan oleh banyak negara seperti Australia, Austria, Canada, Brazil, Mexico, New Zealand, Pakistan, India dan banyak lagi termasuk juga Malaysia.

Raifal anti materiel Barret M82 digeruni kerana menggunakan saiz peluru besar iaitu 5.0 BMG. Foto US Marines

Senjata ini direka khas untuk menggempur sasaran berperisai ringan dan juga sasaran bernilai tinggi seperti pesawat, pelancar roket artileri, kenderaan berperisai ringan serta kenderaan pengangkutan.

Senjata ini juga mempunyai panjang laras 510 mm serta menggunakan peluru berkaliber 12.7 mm. Ia juga mempunyai berat 13.5 kg.

Barrett M82A1 mempunyai jarak berkesan tembakan sejauh 1.8 km hingga 2 km. Namun, jarak maksimumnya pula boleh mencapai 2.5 km.

Pada tahun 2004, sniper dari Amerika Syarikat, Brian Kremer telah mencipta rekod dengan menembak M82A1 pada jarak 2.3 km di Iraq.

Teknologi senjata Barrett M82A1 masih lagi relevan digunakan oleh Tentera Darat Malaysia dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara. – airtimes

Related Articles

Leave a Reply