Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Jumlah penyertaan bukan bumiputera dalam tentera rendah, tidak dapat dibanggakan – Tok Mat

#Pertahanan: Jumlah penyertaan bukan bumiputera dalam tentera rendah, tidak dapat dibanggakan – Tok Mat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menegaskan peratusan penyertaan keanggotaan bukan bumiputera dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah rendah dan “tidak dapat dibanggakan”.

“Jadi ini masih satu peratusan kadar yang amat rendah, yang tidak dapat kita banggakan,

“Kita nak cari kalau boleh lebih pada 10 peratus, kalau boleh. Tetapi 3 peratus ini (adalah) satu kadar yang amat rendah,” katanya semasa sidang media di Port Dickson.

Menurut beliau, peratusan tersebut masih rendah walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik minat golongan muda dari masyarakat bumiputera untuk menyertai tentera.

“Berbagai-bagai usaha telah dilakukan termasuk membuat roadshow dan promosi untuk kita menjemput serta menggalakkan anak-anak Malaysia dari semua kaum untuk menyertai perkhidmatan anggota tentera ini,

“Tetapi, masih lagi kita tidak dapat penyertaan yang membanggakan daripada kaum bumiputera,” jelas Tok Mat selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Pada siri kali ini, 661 perajurit muda lelaki dan 352 wanita telah berjaya menamatkan latihan asas selama 6 bulan.

Menteri Pertahanan hadir menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah ini ialah Panglima Angkatan Tentera, , Jeneral Tan Sri Mohammad bin Ab Rahman; dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan menyeru anak-anak muda dari masyarakat bukan bumiputera untuk tampil ke hadapan bagi bersama-sama memikul tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan galakan kepada generasi muda bukan bumiputera untuk menyertai ATM.

Jelas Tok Mat, faedah, emolumen dan gaji anggota tentera pada masa kini telah bertambah baik dan berbeza dari zaman dahulu.

“Saya menyeru, saya berharap tampillah seramai mungkin, anak-anak kaum bukan Bumiputera terutamanya daripada kaum Tiong Hua untuk menyertai kerjaya sebagai seorang tentera,

“Emolumen ataupun gaji tidak seperti dahulu. Gaji pun sudah baik dan perkhidmatan pun baik,

“Jadi apa yang perlu kita lalukan ialah ibu bapa atau pun pihak-pihak tertentu (seperti) NGO-NGO bantu kami,

“Agar kami dapat melihat peratusan penyertaan anak-anak bukan Bumiputera akan meningkat di masa-masa yang akan datang,” jelasnya.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=V4C_OK1eLrA[/embedyt]

Isu penyertaan anggota tentera dari golongan bukan  bumiputera sebelum ini pernah dibangkitkan di Dewan Rakyat dan dijelaskan sendiri oleh Menteri Pertahanan.

“Masalah ramai orang tidak masuk tentera terutamanya minta maaf cakap, no malice behind this statement, ramai bukan Bumiputera dia tidak hendak sebab kerjanya pun 24 jam satu hari,

“Memang susah, gaji pun tidak berpada,” kata Tok Mat semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply